Sunday, November 25, 2007

Misi Kemanusiaan TKO ke Sabah

Lawatan Ke Pusat Pengajian Pendidekan Islam Fi Dzilal Quran Kg Rosok, Kota Belud Sabah

Alhamdulillah aktiviti amal TKO tidak terhad di semenanjung sahaja malah telah menyeberangi Laut China Selatan. Pada bulan Mei 2007 yang lalu Saudara RamliSDAR bersama Saudara gazut telah pergi ke Sabah untuk melihat sendiri keadaan disana.

SMS dari ramlisdar setibanya beliau disana:
"sampai sabah dsebuah pondok tahfiz yg gurunya hanya mampu dbyr 200 sbln n tepaksa bepuasa tiada makanan.. pondok hampir hanyut dibawa sungai.."

"Alhamdulillah selamat tiba d Kota Belud SABAH. Gembira melihat anak2 bersungguh belajar ugama d pusat pend islam. Ada pelajar muaalaf yg belajar dgn azam untk menyebarkan islam pd famili dan kampong mereka belum islam. SEDEH SUNGGUH makanan tak cukup. Kadang anak2 terpaksa puasa. Sambil Sms ni saya nangis. saya cadangkan Tko beri tumpuan pd sekolah pondok ni. Akan kaji long term help. Sebab bangunan dah uzur. Tolong, SOS. RAMLISDAR"




Sabah

Perkembangan Di Kampung Rosok Sabah.

Gambar-gambar di majlis sumbangan pakaian kepada penduduk sekitar dan rombongan dari persatuan isteri2 pegawai Petronas Sabah.



Sabah 2

Ustaz sattar adalah Individu yang bertanggungjawap dalam usaha murni ini di Kampung Rosok Sabah. Sumbangan boleh disalurkan menerusi Tabung TKO atau hubungi terus Ustaz Sattar. Email: sattar4@gawab.com. Semoga usaha murni Ustaz Sattar ini diberkati Allah.

Rujukan : 1) Update lawatan delegasi TKO ke SABAH
2)Second call sumbangan pakaian etc untok Usaha dakwah d Sabah

Sumbangan raya TKO

Pusat Harian Kanak-kanak Spastik Bandar Ipoh

Sempena sambutan hari raya aidilfitri yg lalu, pada 9hb Oktober 2007 TKO telah menghulurkan sedikit sumbangan raya kepada Pusat Harian Kanak-kanak Spastik Bandar Ipoh.



Spastik

Tuesday, November 20, 2007

Tapak Asrama Baru Untuk Anak² Yatim Manjoi



tapak tanah

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Manjoi telah membeli sebidang tanah di Manjoi, Perak. Tapak asal hanya dapat disewa sehingga tahun 2010. Tanah ini berkeluasan 17,000 kaki persegi dan berharga kira² RM 100,000. Tanah ini terletak di seberang jalan tapak yang sedia ada sekarang. Buat masa ini, dana masih diperlukan untuk membina kelengkapan yang sempurna seperti asrama, dewan, surau, bilik belajar dan lain² lagi. Sumbangan anda boleh dihulurkan terus kepada Tabung TKO kami.

Sunday, November 18, 2007

Program Pendidikan TKO

Berikut disiarkan program pendidikan TKO yang telah dibentangkan oleh Tutor² TKO. Sessi pembelajaran bersama Tutor dinamakan sebagai Smart Class.

Berikut pecahan kelas mengikut kumpulan :-

  • Smart A - Tingkatan 5
  • Smart B - Tingkatan 3
  • Smart C - Tahun 6
  • Smart D - Tingkatan 1, 2, 4
Setiap kumpulan dipantau oleh seorang tutor. Anak² ini digalakkan menguasai sifir dan membaca. Mereka diberi pungutan bintang sebagai galakan untuk terus menguasai ilmu matematik ini. Setiap daripada mereka yang berjaya menghafal sifir 2 hingga 12 akan diberi 3 bintang (***) untuk lancar dan 2 bintang (**) jika kurang lancar.

Selain itu, Tutor juga mengadakan pertandingan Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) untuk memupuk tabiat membaca dikalangan mereka. Alhamdulillah, program ini mendapat respon baik daripada para pelajar.

Rujukan : Laporan Tutor - Program Pendidikan TKO

Friday, November 16, 2007

Dana Pendidikan Anak² Yatim, Miskin Dan Daif



dana pendidikan manjoi

TKO telah menubuhkan Dana Pendidikan Anak² Yatim, Miskin dan Daif khusus untuk membiayai pendidikan kanak² dari rumah anak² yatim Manjoi tersebut. Para dermawan yang ikhlas telah menyumbang wang sebanyak RM 120 setahun untuk tujuan murni ini. Mereka boleh menyumbang secara bulanan sebanyak RM 10 atau pun menjelaskan sebanyak RM 120 sekaligus. Wang ringgit yang didermakan oleh semua pihak akan digunakan untuk tujuan pelbagai aktiviti pendidikan termasuklah Kem Ibadah Anak Soleh, Smart Learning, Ujian Bulanan dan lain². Sila rujuk gambar dibawah untuk maklumat lanjut perancangan dana ini. Program ini bermula sejak Januari 2007 dan akan berakhir pada Disember 2007.

Rujukan : DANA PENDIDIKAN ANAK2 YATIM, MISKIN & DAIF

Wednesday, November 14, 2007

Rumah Terbuka TKO


Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Jagaan Anak² Yatim Dan Miskin Nurul Iman Manjoi Perak dengan kerjasama TKO telah berjaya diadakan pada 8 November yang lalu. Meskipun kehadiran ahli TKO ke majlis tersebut tidaklah ramai mana, namun majlis berjalan dengan meriah walaupun di dalam keadaan sederhana.

Rujukan : PENGUMUMAN - Rumah Terbuka TKO

Friday, November 2, 2007

Program Dana Pilihanraya



himpik

Aktiviti TKO Timur sempena Program Dana Pilihanraya dan Himpunan Pemuda Islam Kemaman (HIMPIK) yang berlangsung pada 13 - 14 Julai 2007 ialah menjual produk TKO. Mereka telah membuka gerai jualan di sana dan telah menjual produk keluaran TKO seperti stiker, baju dan barang² sampingan yang lain. Sebuah banner telah ditempah khas untuk tujuan itu.

Rujukan : xtvt TKO timur sempena program DANA PILIHANRAYA

TranungKite : Credits To Areefeen For The Pictures

Thursday, November 1, 2007

Aktiviti BBQ Di Telok Kalong



bbq telok kalong

Aktiviti BBQ TKO Timur telah berjaya diadakan pada 6 Julai 2007 di Telok Kalong. Program ini diketuai oleh Encik SaripDol dan warga kerja TKO Timur yang lain. Antara aturcara program yang diadakan ialah :-

  • Sessi suaikenal
  • Ceramah agama
  • Acara BBQ
Program yang julung² kali dijalankan ini mendapat respons yang cukup baik dengan kehadiran yang agak memuaskan.

Rujukan : AKTIVITI BBQ PADA 6HB JULAI 07

TranungKite : Credits To Areefreen For The Pictures