Saturday, December 8, 2007

PROGRAM SEMARAK ILMU ( 7hb -9hb Disember, 2007 )

Program Pendidikan TKO - SEMARAK ILMU ( 7hb -9hb Disember, 2007 )

Alhamdulillah hari ini, 8hb Disember 2007 satu program lagi pendidikan TKO yang bertajuk Program Semarak Ilmu telah selamat dirasmikan. Program Semarak Ilmu ini merupakan program penutup didalam kalender program pendidikan TKO untuk tahun 2007. Program ini juga merupakankan program usahasama dengan universiti tempatan di utara tanahair. Keseluruhan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar universiti tersebut. Program ini disertai oleh anak-anak yatim dari dua buah asrama anak yatim iaitu dari Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi dan Asrama Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Chemor Perak. Seramai 40 orang telah mengambil bahagian.

Saya ini merakamkan ribuan terima kasih saya kepada VVIP TKO iaitu Tuan Asoi sekeluarga, Sdr. Wan JTK sekeluarga, Tuan Gazut, Sdr Berg, Sdri Umaira dan tutor-tutor TKO yang sudi hadir di majlis perasmian program ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar universiti tersebut kerana sanggup mengorbankan cuti mereka untuk menjayakan program ini.

Sunday, November 25, 2007

Misi Kemanusiaan TKO ke Sabah

Lawatan Ke Pusat Pengajian Pendidekan Islam Fi Dzilal Quran Kg Rosok, Kota Belud Sabah

Alhamdulillah aktiviti amal TKO tidak terhad di semenanjung sahaja malah telah menyeberangi Laut China Selatan. Pada bulan Mei 2007 yang lalu Saudara RamliSDAR bersama Saudara gazut telah pergi ke Sabah untuk melihat sendiri keadaan disana.

SMS dari ramlisdar setibanya beliau disana:
"sampai sabah dsebuah pondok tahfiz yg gurunya hanya mampu dbyr 200 sbln n tepaksa bepuasa tiada makanan.. pondok hampir hanyut dibawa sungai.."

"Alhamdulillah selamat tiba d Kota Belud SABAH. Gembira melihat anak2 bersungguh belajar ugama d pusat pend islam. Ada pelajar muaalaf yg belajar dgn azam untk menyebarkan islam pd famili dan kampong mereka belum islam. SEDEH SUNGGUH makanan tak cukup. Kadang anak2 terpaksa puasa. Sambil Sms ni saya nangis. saya cadangkan Tko beri tumpuan pd sekolah pondok ni. Akan kaji long term help. Sebab bangunan dah uzur. Tolong, SOS. RAMLISDAR"




Sabah

Perkembangan Di Kampung Rosok Sabah.

Gambar-gambar di majlis sumbangan pakaian kepada penduduk sekitar dan rombongan dari persatuan isteri2 pegawai Petronas Sabah.



Sabah 2

Ustaz sattar adalah Individu yang bertanggungjawap dalam usaha murni ini di Kampung Rosok Sabah. Sumbangan boleh disalurkan menerusi Tabung TKO atau hubungi terus Ustaz Sattar. Email: sattar4@gawab.com. Semoga usaha murni Ustaz Sattar ini diberkati Allah.

Rujukan : 1) Update lawatan delegasi TKO ke SABAH
2)Second call sumbangan pakaian etc untok Usaha dakwah d Sabah

Sumbangan raya TKO

Pusat Harian Kanak-kanak Spastik Bandar Ipoh

Sempena sambutan hari raya aidilfitri yg lalu, pada 9hb Oktober 2007 TKO telah menghulurkan sedikit sumbangan raya kepada Pusat Harian Kanak-kanak Spastik Bandar Ipoh.



Spastik

Tuesday, November 20, 2007

Tapak Asrama Baru Untuk Anak² Yatim Manjoi



tapak tanah

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Manjoi telah membeli sebidang tanah di Manjoi, Perak. Tapak asal hanya dapat disewa sehingga tahun 2010. Tanah ini berkeluasan 17,000 kaki persegi dan berharga kira² RM 100,000. Tanah ini terletak di seberang jalan tapak yang sedia ada sekarang. Buat masa ini, dana masih diperlukan untuk membina kelengkapan yang sempurna seperti asrama, dewan, surau, bilik belajar dan lain² lagi. Sumbangan anda boleh dihulurkan terus kepada Tabung TKO kami.