Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Saturday, December 8, 2007

PROGRAM SEMARAK ILMU ( 7hb -9hb Disember, 2007 )

Program Pendidikan TKO - SEMARAK ILMU ( 7hb -9hb Disember, 2007 )

Alhamdulillah hari ini, 8hb Disember 2007 satu program lagi pendidikan TKO yang bertajuk Program Semarak Ilmu telah selamat dirasmikan. Program Semarak Ilmu ini merupakan program penutup didalam kalender program pendidikan TKO untuk tahun 2007. Program ini juga merupakankan program usahasama dengan universiti tempatan di utara tanahair. Keseluruhan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar universiti tersebut. Program ini disertai oleh anak-anak yatim dari dua buah asrama anak yatim iaitu dari Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi dan Asrama Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Chemor Perak. Seramai 40 orang telah mengambil bahagian.

Saya ini merakamkan ribuan terima kasih saya kepada VVIP TKO iaitu Tuan Asoi sekeluarga, Sdr. Wan JTK sekeluarga, Tuan Gazut, Sdr Berg, Sdri Umaira dan tutor-tutor TKO yang sudi hadir di majlis perasmian program ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar universiti tersebut kerana sanggup mengorbankan cuti mereka untuk menjayakan program ini.

Sunday, November 18, 2007

Program Pendidikan TKO

Berikut disiarkan program pendidikan TKO yang telah dibentangkan oleh Tutor² TKO. Sessi pembelajaran bersama Tutor dinamakan sebagai Smart Class.

Berikut pecahan kelas mengikut kumpulan :-

  • Smart A - Tingkatan 5
  • Smart B - Tingkatan 3
  • Smart C - Tahun 6
  • Smart D - Tingkatan 1, 2, 4
Setiap kumpulan dipantau oleh seorang tutor. Anak² ini digalakkan menguasai sifir dan membaca. Mereka diberi pungutan bintang sebagai galakan untuk terus menguasai ilmu matematik ini. Setiap daripada mereka yang berjaya menghafal sifir 2 hingga 12 akan diberi 3 bintang (***) untuk lancar dan 2 bintang (**) jika kurang lancar.

Selain itu, Tutor juga mengadakan pertandingan Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) untuk memupuk tabiat membaca dikalangan mereka. Alhamdulillah, program ini mendapat respon baik daripada para pelajar.

Rujukan : Laporan Tutor - Program Pendidikan TKO