Showing posts with label Anak Yatim. Show all posts
Showing posts with label Anak Yatim. Show all posts

Saturday, December 8, 2007

PROGRAM SEMARAK ILMU ( 7hb -9hb Disember, 2007 )

Program Pendidikan TKO - SEMARAK ILMU ( 7hb -9hb Disember, 2007 )

Alhamdulillah hari ini, 8hb Disember 2007 satu program lagi pendidikan TKO yang bertajuk Program Semarak Ilmu telah selamat dirasmikan. Program Semarak Ilmu ini merupakan program penutup didalam kalender program pendidikan TKO untuk tahun 2007. Program ini juga merupakankan program usahasama dengan universiti tempatan di utara tanahair. Keseluruhan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar universiti tersebut. Program ini disertai oleh anak-anak yatim dari dua buah asrama anak yatim iaitu dari Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi dan Asrama Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Chemor Perak. Seramai 40 orang telah mengambil bahagian.

Saya ini merakamkan ribuan terima kasih saya kepada VVIP TKO iaitu Tuan Asoi sekeluarga, Sdr. Wan JTK sekeluarga, Tuan Gazut, Sdr Berg, Sdri Umaira dan tutor-tutor TKO yang sudi hadir di majlis perasmian program ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar universiti tersebut kerana sanggup mengorbankan cuti mereka untuk menjayakan program ini.

Tuesday, November 20, 2007

Tapak Asrama Baru Untuk Anak² Yatim Manjoi



tapak tanah

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Manjoi telah membeli sebidang tanah di Manjoi, Perak. Tapak asal hanya dapat disewa sehingga tahun 2010. Tanah ini berkeluasan 17,000 kaki persegi dan berharga kira² RM 100,000. Tanah ini terletak di seberang jalan tapak yang sedia ada sekarang. Buat masa ini, dana masih diperlukan untuk membina kelengkapan yang sempurna seperti asrama, dewan, surau, bilik belajar dan lain² lagi. Sumbangan anda boleh dihulurkan terus kepada Tabung TKO kami.

Sunday, November 18, 2007

Program Pendidikan TKO

Berikut disiarkan program pendidikan TKO yang telah dibentangkan oleh Tutor² TKO. Sessi pembelajaran bersama Tutor dinamakan sebagai Smart Class.

Berikut pecahan kelas mengikut kumpulan :-

  • Smart A - Tingkatan 5
  • Smart B - Tingkatan 3
  • Smart C - Tahun 6
  • Smart D - Tingkatan 1, 2, 4
Setiap kumpulan dipantau oleh seorang tutor. Anak² ini digalakkan menguasai sifir dan membaca. Mereka diberi pungutan bintang sebagai galakan untuk terus menguasai ilmu matematik ini. Setiap daripada mereka yang berjaya menghafal sifir 2 hingga 12 akan diberi 3 bintang (***) untuk lancar dan 2 bintang (**) jika kurang lancar.

Selain itu, Tutor juga mengadakan pertandingan Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) untuk memupuk tabiat membaca dikalangan mereka. Alhamdulillah, program ini mendapat respon baik daripada para pelajar.

Rujukan : Laporan Tutor - Program Pendidikan TKO

Friday, November 16, 2007

Dana Pendidikan Anak² Yatim, Miskin Dan Daif



dana pendidikan manjoi

TKO telah menubuhkan Dana Pendidikan Anak² Yatim, Miskin dan Daif khusus untuk membiayai pendidikan kanak² dari rumah anak² yatim Manjoi tersebut. Para dermawan yang ikhlas telah menyumbang wang sebanyak RM 120 setahun untuk tujuan murni ini. Mereka boleh menyumbang secara bulanan sebanyak RM 10 atau pun menjelaskan sebanyak RM 120 sekaligus. Wang ringgit yang didermakan oleh semua pihak akan digunakan untuk tujuan pelbagai aktiviti pendidikan termasuklah Kem Ibadah Anak Soleh, Smart Learning, Ujian Bulanan dan lain². Sila rujuk gambar dibawah untuk maklumat lanjut perancangan dana ini. Program ini bermula sejak Januari 2007 dan akan berakhir pada Disember 2007.

Rujukan : DANA PENDIDIKAN ANAK2 YATIM, MISKIN & DAIF

Wednesday, November 14, 2007

Rumah Terbuka TKO


Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Jagaan Anak² Yatim Dan Miskin Nurul Iman Manjoi Perak dengan kerjasama TKO telah berjaya diadakan pada 8 November yang lalu. Meskipun kehadiran ahli TKO ke majlis tersebut tidaklah ramai mana, namun majlis berjalan dengan meriah walaupun di dalam keadaan sederhana.

Rujukan : PENGUMUMAN - Rumah Terbuka TKO

Friday, October 26, 2007

Majlis Penyerahan Baju Raya



kupang

Gambar² sewaktu majlis penyerahan baju raya kepada anak² yatim Rumah Yakin Tahfiz Al Wadi, Kupang.

Rujukan : Selamat Hari Raya Anak-anakku - Program TKO Global / Utara

Wednesday, October 24, 2007

Sejenak Bersama Anak² Yatim


Aktiviti 1 Siri 2


Aktiviti 1 Siri 1

Klip video di atas diambil sewaktu program TKO Utara bersama anak² yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Wadi, Kupang, Kedah.

Rujukan : Aduka Taruna

TranungKite : Credits To Aduka Taruna

Sunday, October 14, 2007

Asrama Anak² Yatim Budi Mulia Nurul Huda



budi mulia

Lawatan ke atas Pusat Jagaan Anak Yatim telah diadakan pada 13 Mei 2007 oleh wakil-wakil dari TKO Utara bagi mengenalpasti kekurangan dan bentuk bantuan yang diperlukan oleh Pusat tersebut. Senarai ahli TKO Utara yg mengadakan perbincangan terdiri daripada Jongos, Asoii, Voice dan rakan Jongos. Seterusnya, sumbangan para dermawan telah selamat disampaikan kepada Asrama Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda pada 28 Julai 2007. Misi ini diketuai oleh Tok Jongos. Turut hadir dimajlis penyerahan sumbangan ini ialah Tuan Asoii serta isteri dan anak, ikan_singgang, vespakana dan anakmahadir. Barangan yang disumbangkan ialah bantal, periuk nasi, mesin basuh, tuala & wang tunai sebanyak RM1,141.00 untuk tujuan baik pulih bilik air.

Rujukan : RAYUAN - Anak-Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda